Journal ke TURKI - part one


Salam kepada semua. Dah lama saya tak menulis sesuatu kat blog ni. Hari ni tiba2 saje hati ini terase mendesak untuk menulis sesuatu. Kali ini,saya akan menceritakan sedikit sebanyak kisah pengembaraan kami ke bumi yang penuh sejarah,iaitu TURKI.

Pada tanggal 6hb January 2009,bertolak lah kami (haizi,hatim,redza,arman,azizi,syahir,isman dan saya) ke airport dublin.


Dengan sedikit kemalasan dan penat yang tak abis2 lagi lepas jalan2 ke manchester aritu,maka,naik lah kami pesawat airbus A319 milik syarikat AerLingus. Pejalanan ke london Gatwick airport tu hanya memakan masa beberapa minit sahaja. Tak sampai sejam pon. Kalo tido tu,xsempat kuar air liur basi la. Setibanya kami di sana dalam lebih kurang pukul 8pm ( kalo xsilap la), perut2 kami mula bergoncang disebabkan kelaparan. Berbekalkan sedikit makanan iaitu 2 buah cek in bag penuh ( sedikit sahaja ni relative to perut haizi =p ), kami mengisi perut yang kelaparan dengan roti,sardin,sweetcorn dan lain2 lagi.



makan roti and sardin sudeyh~

Malam tu, kami terpaksa bermalam di airport Gatwick disebabkan flight kami untuk ke Turki dijadualkan pada pukul 8 pagi. Kami berjaya menjumpai satu port baik punye untuk tido.(celah mane ntah tido). Dengan beralaskan sleeping bag yg dihampar umpama tikar,kami cuba untuk melelapkan mata. Tapi tetiba je halangan nk tido ni muncul . Sejuk la,tak selesa la,bising la. Rase bengang la gak kat sorang mamat sepanyol ke bangsa ape ntah,cakap kat phone kuat gile. Ntah mane mamat tu datang pon kurg tak tau. Sabo jela~ Pada awalnya,ingatkan kami je yang tido mrempat kat celah2 tu,rupanya2 ramai lg mat saleh2 yang datang n join tido skali kat tempat tu. Tak la rase jakun sangat..huhu


buku menjadi teman setia redza dan arman~

Keesokan paginya,7hb, kami menaiki pesawat EasyJet dari Gatwick ke Istanbul. Lama gak naik flight kali ni. 2 3 mimpi jgk la sempat pusing. Selepas hampir 4 jam,sampailah kami ke SABIHA GOKCEN airport. Lega rasenya dapat bergerak dengan bebas. Lenguh jgk dok merengkot dalam flight tu. Mau cramp kaki2 kami.

Setelah mengambil bag check in, kami mula lah untuk bertolak ke istanbul hostel,tempat yg bakal dihuni oleh kami selama 4 malam. Tapi masalah timbul tatkala kami blur2 macam mane nak ke hostel tu. Mengikut plan,sepatutnye pegi dengan menaikki bas. Tapi nak beli tiket bas tu plak tak tau macam mane. Kami cuba bertanya kepada orang2 disekeliling tapi disebabkan orang2 turki tak ramai yang pandai cakap english,usaha kami gagal. Dipendekkan cerita, smpai jgk la kami ke istanbul hostel dengan selamat (walaupon kene 'ketuk' 30 lira sorang). Alhamdulillah. :)

Setelah settle down sume, kami memulakan perjalanan kami dibumi yang asing ni untuk mengisi perut yang kelaparan. Menu pertama kami pada malam tu adalah satu set makanan turki. Namanya kurang dikenal pasti. Janji ada makanan. :D


talam yang saiznya tak sebesar yang digembar-gemburkan oleh tuan kedai~

Selepas mengisi perut,kami bergerak tanpa arah tuju. Memang tujuan pada malam itu adalah untuk bersantai2. Jalan punye jalan,sampai lah kami ke tepi pelabuhan dibandar istanbul tu.


kepah jalanan terbaik~


pemandangan malam di istanbul


dibawah cahaya lampu jalan~

8hb, setelah bersiap2,kami memulakan niat suci kami untuk meneroka sejarah turki. Destinasi pertama kami adalah haghia sophia,yang dahulunya adalah sebuah gereja tersohor. Selepas Constantinopel berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh,gereja itu telah ditukar kepada masjid dan terbinalah 4 buah menara di tepi bangunan ini. Disebabkan tempat ini yang pada asalnya adalah gereja,sejarah yang kami belajar dari pak cik guide pon adalah byk berkisar mengenai kristian. Click here for more info.



khusyuk mendengar penerangan~


haghia sophia a.k.a aya sophia


interior design


hasil tinggalan kristian yg di'unveiled' oleh attartuk

Setelah hampir 2 jam meneroka aya sophia, kami singgah sbentar di blue mosque (sultanahmet camii) yg terletak hanya bberapa minit dari aya sophia.,untuk menunaikan solat. Masjid yang mmpunyai 6 buah menara ini dibina oleh Sultan Ahmet untuk menandingi keunikan aya sophia. Sebab tu,lokasi masjid ini adalah betul2 bertentangan dengan aya sophia. For more info,click here.



blue mosque~


bersama imam blue mosque~

Selepas menunaikan solat,kami sempat bergambar dgn imam blue mosque. Sedap btol suara dia mengaji Al-Quran. Lunak merdu. Yang kelakarnya,kami terkebil2 apabila ditegur oleh imam dalam bhsa arab. Saya cuba la untuk menjawab sepatah dua soalan yg ditanya oleh imam. Malangnye, jwpan2 sy diiringi oleh gelak ketawa oleh imam. Klaka agaknya dengar orang yang jahil mcm saya ni berbahasa arab. Terpaksa jela mengaku diri ini mmg lemah berbahasa arab. Haishh.

Jalan2 cari makan sekali lagi bermula. Kali ini kami disajikan dengan satu lg makanan turki. Sekali lg sy lupa namanya.


makan jgn xmakan..

Perjalanan diteruskan ke kapalicarsi (closed bazar). Byk la jgk barang2 yang dijual kat sini. Paling tak tahan,ramai gile pak cik2 kedai yg tegur ktorang ngan bhsa melayu dgn pkataan seperti 'selamat datang','ape kabar' dan macam2 lagi. Kami kira,ini adalah taktik diorang untuk menarik pelanggan melayu. Mula2 layan la jgk, tapi lama2 buat dek je bile diorg tegur ( agak kejam sedikit). Di sini juga,kami berpeluang menunjukkan bakat2 tawar menawar dengan pak cik kedai dengan habis-habisan. Mane tak nye. Kalo tak bargain, mau bankrap dek harganye yg mahal superb.







bergambar bersama tuan kedai selepas penat mem'bargain'~

Kepenatan akibat mmbeli belah sudah mula terserlah di wajah stiap dari kami. Namun,perjalanan masih diteruskan ke 'new istanbul'. Baru kami tau,rupa2nya istanbul ni ada 2 parts which are old and new istanbul. Dua bandar ini dipisahkan oleh satu jmbatan yang merentasi selat Golden Horn.


bangunan yg moden dibandingkan dengan old istanbul


pemandangan malam di new istanbul


tugu ala2 tugu negara~


akhirnye sume da tak larat and mata pon da mengantuk,maka kami pon berangkat pulang ke hostel selepas menjamah sedikit makanan kat KFC (halal).

-to be continued-

Need New Ideas For This Blog


This blog is new and still in it's development stage.
So i'm hoping for some idea from anyone for this blog.
What are the thing that people want to read from this blog? ha3
Some ideas are:
  • Food
  • Journey
  • History of places that we visit
  • and?

need more idea to reconstruct this blog... hu3

emm... which one to choose?


Setiap hari kita berhadapan dengan "choices" mane untuk dipilih. Nak tak nak, pilihan tersebut perlu dibuat walaupun sukar untuk kita putuskan. Bercakap tentang "choices" ini mengingatkan kembali tentang satu sajak yg dipelajari ketika sekolah menengah dulu, "The Road Not Taken". Manusia tidak akan lari daripada membuat pilihan dalam hidupnya. Tak kira perkara kecil atau besar. So it ups to ourself to choose the right choices in our life.


Robert Frost (1874–1963). Mountain Interval. 1920.

Long time no see...


salam...
Dah agak lame tak menulis something kat blog rumahku ini. Cuti winter kali ini disambung dengan merantau ke bumi Istanbul, Turki. Konfem semua org tau Istanbul kat mane kan. Takpe, bg mereka yg tidak mengetahui, nanti ade sedikit sebanyak perkongsian pengalaman selama 9 hari di kota Istanbul itu. Insyallah kalu ada kesempatan.
Anyway, kelas dah pon start ari nie. Fuh, daripada introduction beberapa subjek utk sem ini dah boleh agak yang "sem 2" ini is going to very tough one. So, untuk sem baru ini kenelah tetapkan beberapa azam baru untuk perbaiki diri. Dont want to be left behind. Good Luck for everyone in UCD for this new sem. Moga2 sem ini lagi baik dari sem lepas. Insyallah.

CoMinG SoOn...

Something BIG is coming for perantau-perantau B28-1. Kalu anda ingin ketahui, nantikan tak lama lagi. Muahahaha......

Sightseeing in MANCHESTER


After PUISI, esoknya terus naik flight ke Manchester. jalan2 sambil shopping sempena Boxing Day.  Walaupun kepenatan selepas PUISI belum reda lagi, tapi semangat masih kuat untuk bergerak ke Manchester. Alhamdulillah selamat sampai sane pada 27.09.2006 dan selamat pulang ke Dublin balik pada 29.12.2008. Pg dengan beg kosong tapi blik dengan beg yg penuh. Paham2 jela.



menunggu time untuk berlepas(muka tak sabar)


nice view...


ramainya orang...


tak naik pon snowslide tu..(hanya untuk budak2 kecik je main)


Eye of Manchester


view of the city at night..


welcome to Old Trafford Stadium

tour inside Old Trafford Stadium


a visit to Museum of Manchester University 

Boleh tahan jgk la kepenatan selama 2 hari di Manchester. Duk berkejar nk beli barang murah sambil melawat tempat2 menarik di sini. Ape pon terima kasih banyak kat Rusydam dan rakan2 serumahnya yg kasi kami tumpang 2 hari satu malam disane. Rumah ini memang pitt stop untuk budak2 yg datang melawat Manchester sejak berakhirnya PMS(Perhimpunan Musim Sejuk). Manchester mmg best untuk dilawati kerana terdapat banyak giler kedai makanan halal disana. Dalam mase dua hari tu, sempat makan aiskrim di Moonlight, nasi plus separuh ayam di Jazeera, ayam goreng dengan rib kambing panggang di Krunchy and last ayam tekka di sebuah kedai kebab yg lupa namanya. ha3.