PPSMI


Teman rasa cukup rimas dengan dengan isu PPSMI yang pada pendapat teman tak lah sekompleks mana. perkara ini boleh diselesaikan dengan pantas jika mereka yang terlibatdapat  mengurangkan rasa ego mereka sebanyak 1-2% dan menambah IQ masing-masing sebanyak 1-2% juga. memang tak dapat disangkal tujuan dan motif diperkenalkan PPSMI adalah baik (meningkatkan english command para pelajar, english bahasa internasional etc) tapi adakah ianya sesuai dilakukan sekarang? adakah pelajar-pelajar telah bersedia untuk menghadapi PPSMI? mungkin bagi pelajar bandar, cina dan india, mereka telah bersedia. namun bagaimana pula dengan pelajar bumiputera dan pelajar luar bandar, terutamanya pelajar melayu? adakah mereka telah bersedia? teman rasa kome semua tahu jawapannya. Dan perkara yang paling teman risaukan apabila isu ini dipolitikkan. ape kejadah semua ni? isu pendidikan anak bangsa kita telah dijadikan  alat untuk berpolitik oleh mereka-mereka yang kononnya berpaksikan kepada rakyat! apa yang perlu adalah kajian akademik utuk dijadikan hujuh untuk menentang isu PPSMI ini, bukannya dengan mengadakan perhimpunan haram yang pada hemat teman tidak membantu langsung. justeru itu teman ingin melontarkan beberapa buah fikiran yang mana teman fikir sesuai dilaksanakan bagi menyelesaikan kemelut PPSMI ini.


Teman cadangkan supaya PPSMI dimansuhkan. Bagaimanapun, jika terdapat permintaan lebih dari 15 pelajar yang inginkan PPSMI (dengan persetujuan ibu bapa) dalam sesebuah sekolah, maka pihak sekolah harus mewujudkan kelas khas untuk PPSMI. hanya guru-guru yang benar-benar layak dan bersedia untuk mengendalikan PPSMI akan digunakan. tentang buku teks, teman rasa tiada masalah sebab buku teks sekarang adalah dwibahasa. (tengok, kan senang je nk selesaikan, x de masalah logistik ke ape ke)

ATAU

mansuhkan PPSMI tetapi wujudkan semula sekolah beraliran inggeris. mana-mana ibu bapa yang berpendapat anak anak mereka telah bersedia untuk menerima pendidikan formal dalam bahasa inggeris boleh menghantar mereka ke situ. bahasa malaysia tetap menjadi subjek wajib. dan kepada ibu bapa yang yakin dengan bahasa ibunda masing-masing, boleh terus hantar ke sekolah kebangsaan, SRJKC, SRJKT. 

ATAU

kerajaan boleh meneruskan PPSMI. namun jangan terkejut dalam PRU13, plot politik tanah air akan berubah. tiada lagi political tsunami, tetapi yang ada hanya political armageddon!!

Cuti-Cuti Musim Bunga 2009

Cuti-cuti Musim Bunga telah kembali di Dublin,Ireland.
Jom ramai-ramai kita meriahkannya.
Antara aktiviti-aktiviti menarik :-



Approaching Quran Course


Wonderful Photgraphy Outing

Cuisine Fusine Extravaganza

Dublin Race Challenge


Dibawakan oleh :
Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI)

Anda mau buah nangka?