Teman rasa cukup rimas dengan dengan isu PPSMI yang pada pendapat teman tak lah sekompleks mana. perkara ini boleh diselesaikan dengan pantas jika mereka yang terlibatdapat mengurangkan rasa ego mereka sebanyak 1-2% dan menambah IQ masing-masing sebanyak 1-2% juga. memang tak dapat disangkal tujuan dan motif diperkenalkan PPSMI adalah baik (meningkatkan english command para pelajar, english bahasa internasional etc) tapi adakah ianya sesuai dilakukan sekarang? adakah pelajar-pelajar telah bersedia untuk menghadapi PPSMI? mungkin bagi pelajar bandar, cina dan india, mereka telah bersedia. namun bagaimana pula dengan pelajar bumiputera dan pelajar luar bandar, terutamanya pelajar melayu? adakah mereka telah bersedia? teman rasa kome semua tahu jawapannya. Dan perkara yang paling teman risaukan apabila isu ini dipolitikkan. ape kejadah semua ni? isu pendidikan anak bangsa kita telah dijadikan alat untuk berpolitik oleh mereka-mereka yang kononnya berpaksikan kepada rakyat! apa yang perlu adalah kajian akademik utuk dijadikan hujuh untuk menentang isu PPSMI ini, bukannya dengan mengadakan perhimpunan haram yang pada hemat teman tidak membantu langsung. justeru itu teman ingin melontarkan beberapa buah fikiran yang mana teman fikir sesuai dilaksanakan bagi menyelesaikan kemelut PPSMI ini.
Teman cadangkan supaya PPSMI dimansuhkan. Bagaimanapun, jika terdapat permintaan lebih dari 15 pelajar yang inginkan PPSMI (dengan persetujuan ibu bapa) dalam sesebuah sekolah, maka pihak sekolah harus mewujudkan kelas khas untuk PPSMI. hanya guru-guru yang benar-benar layak dan bersedia untuk mengendalikan PPSMI akan digunakan. tentang buku teks, teman rasa tiada masalah sebab buku teks sekarang adalah dwibahasa. (tengok, kan senang je nk selesaikan, x de masalah logistik ke ape ke)
ATAU
mansuhkan PPSMI tetapi wujudkan semula sekolah beraliran inggeris. mana-mana ibu bapa yang berpendapat anak anak mereka telah bersedia untuk menerima pendidikan formal dalam bahasa inggeris boleh menghantar mereka ke situ. bahasa malaysia tetap menjadi subjek wajib. dan kepada ibu bapa yang yakin dengan bahasa ibunda masing-masing, boleh terus hantar ke sekolah kebangsaan, SRJKC, SRJKT.
ATAU
kerajaan boleh meneruskan PPSMI. namun jangan terkejut dalam PRU13, plot politik tanah air akan berubah. tiada lagi political tsunami, tetapi yang ada hanya political armageddon!!
4 comments:
March 15, 2009 at 3:29 AM
March 18, 2009 at 3:15 PM
ya memang betul. pada aku PPSMI ni hanya boleh selesai dengan political will yang tinggi je. tapi masalahnya political will siapa?
March 19, 2009 at 8:30 AM
menagapakah saudara menganggap masalah ini sebagai suatu masalah yang hanya memberikan impak kepada golongan tertentu, yakni golongan bumiputera dan penduduk luar bandar? adakah wajar saudara menganggap semua pelajar cina dan india sudah mampu menghadapi PPSMI ini? jika jawapan saudara "ya", mengapakah begitu? adakah warna kulit mereka sudah cukup untuk memastikan mereka fasih bertutur dalam bahasa inggeris? padahal bagi pelajar cina dan india juga, bahasa inggeris merupakan suatu bahasa asing yang perlu dikuasai dalam menghadapi dunia era globalisasi ini. pada firasat saya, walaupun tujuan murni saudara menentang PPSMI ini tidak boleh dinafikan, idea saudara yang berpaksikan persepsi rasis yang menganggap bangsa sendiri lebih lemah dalam menguasai bahasa asing berbanding bangsa lain perlu diubah.
March 20, 2009 at 6:09 AM
saudara/i lelong pantat,
memanglah masalah pengusaan bahasa inggeris ni tidak terikat dan tertakluk kepada sesuatu bangsa atau komuniti sahaja (eg bumiputera, melayu, luar bandar). namun apa yang teman sampaikan adalah berpaksikan kepada pengalaman teman semasa disekolah dulu. ramai kawan-kawan teman yang terdiri dari kaum bukan melayu mampu mengusai bahasa inggeris dengan baik. sebab itu teman menulis "mungkin bagi pelajar bandar, cina dan india, mereka telah bersedia." dan lagi satu, penggunaan perkataan MUNGKIN memberi maksud bahawa kenyataan itu tiada kesahihannya. mungkin salah, mungkin betul. hipotesis sahaja. bukannya fakta! jadi tak perlulah saudara menggelabah tak tentu pasal. teman juga tak pernah menganggap bangsa melayu lebih lemah dan sukar dalam mengusai bahasa inggeris jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain. namun realitinya KEBANYAKAN (bukan semua) pelajar-pelajar melayu masih gagal mengusai bahasa inggeris dengan baik berbanding KEBANYAKAN (bukan semua) rakan-rakan bangsa lain. (semua ini adalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman disekolah dulu. mungkin lain tempat lain keadaannya) justeru itu adalah amat tidak bijak jika subjek yang memerlukan kefahaman yang tinggi spt sains dan matematik diajar dalam bahasa yang mana pelajar-pelajar itu sendiri masih gagal kuasai. takut-takut yang dikejar tak dapat , yang dikendong keciciran. jadi buat masa sekarang ini, adalah lebih baik PPSMI dimansuhkan tetapi pengajaran bahasa inggeris diperkasakan.
Post a Comment