Hatiku tersentuh..

Assalamualaikum. Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, akhirnya aku diberi sedikit kesempatan oleh Allah SWT untuk menulis sedikit, walaupun sibuk dengan persediaan untuk exam,persatuan dan lain2 lagi. Entry kali ini tak panjang. Hanya sedikit perkongsian cerita. Cerita ini aku dengar dari seorang sahabat yang berada di Malaysia. Mungkin cara penceritaan aku ini tidak menarik, tapi diharap ada pengajaran dan teladan kepada semua.

Hatiku tersentuh~

Kenapa?Petang tadi aku mendapat berita dari seorang sahabat di IMU. Seorang pelajar medic berumur 33 tahun dari Canada telah memeluk Islam. Namanya Xander. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sesungguhnya hidayah itu adalah milik Allah. Dia layak memberikannya kepada sesiapa pun.
Menurut sahabat aku tu, saudara tersebut telah lama berminat terhadap Islam. Dan kalo tak silap, datuk neneknya adalah muslim. Tapi mak ayahnya adalah bukan muslim. Menurut sahabat aku lagi, saudara tu bertanya kepada rakan-rakan dalam kumpulan tutorialnya, untuk meminjam tafsir quran dalam bhasa inggeris. Dan salah seorang daripada rakannya itu (junior aku kat INTEC dulu) dengan baik hati telah meminjamkan tafsir tersebut. Akibat terkesan daripada tafsir yang dibacanya itu, hatinya telah terbuka untuk memeluk Islam.


Hatiku kecewa~
 
Dipendekkan cerita,saudara itu telah ke Jabatan Agama untuk meneruskan hasrat murninya untuk memeluk Islam. Namun niat itu telah digagalkan kerana beberapa proses yang leceh seperti mengisi borang dan sebagainya. Nasib baik, junior aku tu telah membawa saudara itu berjumpa dengan seorang ustaz. Dan saudara itu telah mengucap kalimah syahadah dihadapan beberapa orang saksi.  Namun isu yang dibangkitkan kat sini, kenapa susah sangat proses nak masuk Islam tu? Sesungguhnya Islam itu mudah. Maka jangan lah nak dipayahkan. Nasib baik semangat saudara tu nak masuk Islam tinggi. Kalo dia tiba2 tak jadi masuk Islam, macam mana? Inilah yang menyebabkan hatiku kecewa.

Hatiku sedih~

Dalam kegembiraan dan syukur apabila bertambahnya seorang lagi saudara semuslim kita, aku berasa sedih apabila ramai muda mudi kita sekarang yang semakin jauh dari memahami keindahan Islam itu. Ramai yang murtad pon ada. Cuma kita je yang tak perasan. Ramai yang Islam sekarang, hanya Islam pada nama. Seorang hamba Allah yang jauh dari Canada pun sanggup untuk memahami Islam, tapi kita? Makin hari makin jauh dari Allah. Nauzubillah. Selamatkan lah kami dari api neraka Mu ya Allah. Ampunilah segala dosa-dosa kami ya Allah.

Untuk maklumat lanjut mengenai kisah itu, sila click di sini.

Wassalam.





0 comments: