Petua2 naik kapal teghobang….


Assalamualaikum....

agak lama jugak la teman tak tampil dengan post yang baru. kalau dalam post yang pertama, teman telah berkongsi petua2 didapur, tapi kali ni teman nak berkongsi dengan kome semua petua2 memilih seat dalam kapal terbang.(what the heck?) so kepada sesiapa yang plan nak balik malaysia ataupun sesiapa yang nak travel2 naik kapal tenghobang ni, bolehla amalkan petua2 yang teman akan kongsi kat bawah sat lagi. Insyaallah penerbangan kome akan lebih selesa dan kurang menyeksa.  selamat mencuba. 


Reserve seat anda?

Sudah menjadi trend syarikat-syarikat penerbangan la ni untuk mengoffer option untuk memilih seat, either semasa membooking tiket atau check-in di airport,  jadi inilah peluang untuk mendapatkan seat yang anda inginkan.(bukan semua seat dalam sesebuah kapal terbang tu sama tahap keselesaannya tau!)

Tapi sebelum anda memilih seat, anda mesti tahu seat yang mana harus dipilih (no seat), jenis pesawat yang bakal anda naik. Semua maklumat ni boleh diperolehi dari sumber internet (eg: myseatguru)

Tapi harus diingat airline juga mungkin menukar model pesawat disaat akhir, jadi kemungkinan no seat mungkin telah bertukar.(seat bukan ditempat yang sepatutnya)

 

Depan, tengah, belakang kabin? Mana satu ni?

Tepuk dada tanya selera. Kalau anda mahu suasana yang senyap, pilihlah seat bahagian depan enjin. Kalau anda mahu keadaan yang paling kurang gegaran akibat turbulence etc, pilihlah seat yang paling hampir dengan pusat gravity kapal terbang terbabit. Biasanya, pusat gravity sesebuah kapal terbang berada disekitar bahagian tengah.(dekat2 dgn sayap). Bahagian belakang kabin biasanya paling bising dengan bunyi enjin dan terdedah kepada gegaran yang lebih akibat turbulence etc. Namun jika ditakdirkan penumpang tak penuh, anda boleh menggunakan seat2 yang kosong dibahagian belakang untuk dijadikan ‘katil’.

 

Tips yang selanjutnya dimasa akan datang. Bye

EXAM....

next week exam.. got 3 papers on 4 and 5 march and another 2 after mid term break.
caiyok2 kat budak2 UCD.

bantal dan anda (mode:mengantuk yg amat)

akhirnya saya menjumpai sumthing utk di postkn hehe...
kesahihan kajian di bawah ini tdk dpt dipastikn..namun,mengikut pengalaman dan pemerhatian saya yg peka ini bolehlah dikatakn ianya 83% tepat.kenapa 83%? sukati la weii..

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini
menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat
ego.

6) Takde bantal
Kedekut!beli la satu weii





warghhhh!!dh ngantuk.nk tido.bye

What's coming?

petua-petua orang tua jangan dilupa.. 2 3 kucing berlari

assalamualaikum dan salam perkenalan. 


eloklah kiranya teman memperkenalkan diri yang serba hina dan hensem ini. sebenornye teman ni dijemput oleh yang empunya blog ni untuk menyumbangkan apa2 perkara yang menarik untuk dikongsi bersama. nama yang dipilih ni (GrandMaster) diberi oleh tuan empunya blog. jadi demi tanda penghormatan kepada mereka, teman tanpa segan silu memilihla  nama ini. nama teman yang sebenor? bior le jadi rohsia. nak dipendekkan cerita, inilah post teman yang pertama. kali ni teman nak kongsi dengan kome semua petua-petua didapur, amalan orang-orang veteran seperti opah-opah kome semua la. opah tau, buka oprah. jadi teman harap dengan petua-petua ni dapat la menyenangkan tugasan kome didapur nanti. ingat, "if GrandMaster can cook, so can you!!"

petua-petua hangat:

Lauk Terlebih Masin 
Kadangkala tanpa disengajakan, lauk yang kita masak menjadi terlalu masin dan ini menjadikan ianya kurang enak untuk dimakan. Untuk mengatasi masalah ini, mula-mula ambil sedikit daun pisang, cucikannya sehingga bersih. Kemudian masukkan kedalam masakkan itu tadi. Insyaallah rasa masin akan berkurangan.


 haa petua ni khas kepada mereka yang mempunyai dapur yang 'harum'

Mengharumkan dapur
Pada kebiasannya pada bahagian dapur anda akan berbau yang kurang menyenangkan, terutamanya apabila anda menyiang ikan. Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan

Membersihkan minyak gorengan
Jika anda menghadapi masaalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali.

Masaalah Nasi Mentah 
Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masaalah ini masih boleh diatasi. Caranya mudah saja. Anda hanya perlu isikan air panas kedalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya diatas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.

Cili giling (cili boh) terlalu pedas
Masakan yang menggunakan cili kering yang digiling sememangnya sedap. Tetapi, jika cili terlalu pedas, mungkin mengakibatkan sakit perut. 
Untuk mengurangkan pedas cili tersebut, goreng seketika cili kering dengan minyak. Kemudian, tos dan gilingkan cili tersebut. Pedasnya akan 
berkurangan dan warna cili tersebut akan kelihatan lebih cantik.

Mengharumkan peti sejuk
ambil sedikit essen vanilla dan letakkan dalam piring kecil. letak dalam peti sejuk. insyaalah, peti sejuk teman akan berbau harum semerbak.


SELAMAT MENCUBA...

GrandMaster?


jeng2.... welcome to the club, GrandMaster. Penulis misteri ini akan bersama dengan kami dalam mengukir seri-seri kehidupan di blog coretan perantau b28-1. Persoalannya, sape gerangan GrandMaster ini? Ini soalan yg tidak dapat dikemukakan jawapannya. Nantikan post pertama dari GrandMaster..... 

JOURNEY TO TURKEY - PART TWO

Assalamualaikum. Mintak maaf kerana lambat menyambung post pasal turki ni disebabkan sibuk dgn stdy dan juga terlibat dgn byk program..huhu..ok2. enough with the intro..

Pagi 9hb, kami keluar rumah dgn berpakaian 2 3 lapis gak la. Cuaca sejuk gile pada pagi tu. Kami melalui sebuah kawasan tinggalan sejarah yg mmpunyai bbrapa tiang. Kalo tak silap saya ( betulkan saya kalo salah), tiang tu adalah hasil tinggalan hippodrum, iaitu arena pertarungan zaman turki dulu kot. Ala-ala colloseum camtu la. Tiang ini diiimport dari mesir.





Terukir tulisan2 pelik di tiang tersebut..

Kami juga merentasi sebuah kawasan yg dipenuhi burung merpati. Banyak gile. Kat ireland pon tak jumpa lagi macam ni setakat ni. Siap ada gerai lg kat tepi tu, jual mknn utk burung merpati ni. Macam ni pon bleh wat bisnes kaa..huhu..Namun kami lg bijak. Berbekalkan sedikit biskut yg dibawa utk bekal ketika kelaparan, kami mmberi makan kepada burung2 merpati tu. Rugi makcik tu hari tu..hahaha..

bapak merpati.. =p


gerai kecil yg mjual mknan utk burung merpati..

Kali ni perjalanan kami diteruskan dgn menaiki sebuah bot kecil merentasi selat Bosphorus. Selat ini mmg sgt terkenal dgn kecantikan pemandangannya. Kalo pergi Turki, tak lengkap la perjalanan anda kalo tak naik bot merentasi selat ini. Pada asalnya, kami bercadang untuk menaiki feri. Tapi, dpt plak offer sewa satu bot utk memuatkan kami seramai 8 org. Lepas bargain and bargain and bargain, dapat la 22 lira sorg. Tak pernah plak dalam seumur hidup saya terfikir utk menyewa satu bot persendirian macam ni. Mewah gile rase. hahaha.


Bot kecil kami..


dalam bot..


atas bot..

Dalam perjalanan merentasi selat Bosphorus tu, kami berhenti sebentar di Dormabache Castle. Tempat ini adalah pusat pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah kedua selepas Topkapi Palace. Istana ni mmg moden habis. Tak macam istana zaman dulu langsung. Dan yg menariknye istana ini dihiasi dgn..EMAS!!! PERAK!!! Mmg terbukti kerajaan Turki Uthmaniyyah kaya raya pada masa itu. Mungkin inilah punca kepada kejatuhan kerajaan Islam pada masa itu,yg hanyut dgn harta kebendaan. Kalo tgk potret2 isteri khalifah pada masa tu, lebih kurang mat saleh je. Kalau Islam sebenar tidak diamalkan oleh pemerintah sendiri,inikan pulak rakyat2 nya.





ini bukan patung..


pintu gerbang..


visitors hall..


EMAS!!


EMAS lagi!!!


Selepas berhenti slama 2 jam di Domabache Castle tu, kami meneruskan perjalanan kami merentasi selat bosphorus. Perjalanan tersebut mengambil masa lebih kurg 1 jam lbih sbelum kami tiba kembali ke pelabuhan.


pak cik kapal mrenung masa depan..


pemandangan di selat bosphorus..


sunset yg indah sekali..

Pagi 10hb, kami meneruskan perjalan ke bhgian Asia pulak. Sekali lg kami mggunakan jalan laut sbgai laluan kami. Kali ni murah je tambang feri. 1.40 lira je ( 70 sen euro ). Perjalanan dgn feri ni memakan masa lbih kurg 30 minit. Kami berhenti di hadsaray ( ke hadyaparsa ek??lupe lak ). Suasana di bhgian Asia ternyata berlainan dgn bhgian eropah. Kat sini, tak ramai pelancong kelihatan dan gaya hidup diorg nampak lagi busy berbanding di bhgian eropah. Dan kebnyakan diorg lagi la tak pandai cakap english. Nak beli tisu pon kne guna bhsa isyarat. Susah betol..huhu



sempat lagi jual air ni posing..





di stesen keretapi hadsaray..


sesak..


hectic jgk life kat sini..

Sbenanye kami pon tak tau ape yg menarik kt istanbul bhgian Asia ni. Main jalan je. Last duduk kpenatan di sebuah tempat rehat yg penuh dgn burung merpati.


haizi lagi~~ hehe

Penat lepak di tempat tu, perut pon mula berbunyi. Disebabkan da bosan asyik makan kebab je,kali ni kami mahukan sedikit kelainan. Menu kali ni adalah ayam golek.(kat dublin tak de ni). Harga sekor ayam ni 6 lira shja ( 3 euro ). Kat turki je bleh jumpa mknn2 halal camni. So, sekor ayam kongsi dua org. Pada asalnya, kami plan nk makan seafood. Disebabkan harganya agak mahal dan tak nak dikenakan servis caj yg tggi, kami bantai jela ayam golek. BEST GILER!!! =D
Tp ada jugak halangan masa nk beli ayam tu. Skali lg masalah komunikasi menjadi halangan. Nasib baik ada sorg mat saleh yg telah menetap lama di situ tolong translate utk kami. fuhh,lega2..Akhirnya kami menyantap ayam golek tu dalam feri on the way pulang ke istanbul eropah. Macam feri kami plak makan2 dalam tu. Orang ramai pndang slek je. Tp kami tak kesah. Janji perut terisi.huhu


makanan laut yg segar2..


cut the chicken into half please..


nasib baik ada pak cik ni..

muka xmalu makan dalam feri..

Sampai di bhgian eropah, kami meneruskan perjalanan ke Sulaiman mosque. Masjid ini dibina oleh khalifah Sulaiman the Magnificient. Masjid ini adalah masjid terbesar di istanbul. Tp nasib kami kurg baik kerana masjid itu sedang dlm proses baik pulih. So tak dapat la nak tgk byk dlm masjid tu. Hanya sedikit ruang sahaja dibuka sbgai tempat utk bersolat.



Sulaiman mosque~


Pintu masuk ke dalam masjid~



interior design~


view from inside~


Lepas sume da penat, kami berjalan pulang ke tempat penginapan kami. Dan secara tak sengaja nya kami melalui pintu utama istanbul universiti. Amik gambar la. Ape lagi.. :p


pintu utama istanbul universiti~

Universiti ni nampak macam classic jugak la. Ada ciri2 binaan macam harvard universiti sket. Tp kami sempat bergambar di bahagian luar je. Tak larat dah nk masuk dalam tu. Kampus dia bleh tahan luas jgk la.

Lepas tu kami pulang utk merehatkan diri..

-to be continued-


Snow Time in Dublin

Akhirnya turun salji di bumi Eireann ini. Saat2 yang dinanti2kan diri sejak winter bermula. Angan2ku untuk melihat salji ketika berada di sini sering diketawa. Tapi alhamdulillah, terbukti penantian ini tidak sia2. Salji lebat turun di Dublin. Tertulis dalam Irishtime bahawa tempoh ini mencatatkan suhu winter yg paling sejuk sejak 18 tahun yang lepas. Boleh dikatakan dah lama suasana salji seperti ini tidak berlaku di Dublin. Terukir pengalaman yang berharga buat penghuni B28-1 ketika winter kali ini.... 



Health Science Building dilanda salji..

ketika salji lebat di UCD...

santai atas salji...

jom bina snowman...

snowman kami...

shopping sayur...

no komen...

tasik mula membeku...

tasik dah beku...

last snow? maybe...


Iklan From Baitul Isra'


Regards,
Dublin Representative of Free Palestine Fund Raising Campaign Desk

Any enquiries, please contact :
Ferdaus Tahar : +353 85 7646 216
Zain Azlan : +353 85 2868 167
Natrah : +353 85 1451 769
Izzul : +353 85 8106 159
Fariheen : +353 85 2868 151




lets us support this campaign




Islamic Awareness Week' 09









Datang jangan tak datang. 
Jom ramai-ramai meriahkan Islamic Awareness Week tahun ini.