petua-petua orang tua jangan dilupa.. 2 3 kucing berlari

assalamualaikum dan salam perkenalan. 


eloklah kiranya teman memperkenalkan diri yang serba hina dan hensem ini. sebenornye teman ni dijemput oleh yang empunya blog ni untuk menyumbangkan apa2 perkara yang menarik untuk dikongsi bersama. nama yang dipilih ni (GrandMaster) diberi oleh tuan empunya blog. jadi demi tanda penghormatan kepada mereka, teman tanpa segan silu memilihla  nama ini. nama teman yang sebenor? bior le jadi rohsia. nak dipendekkan cerita, inilah post teman yang pertama. kali ni teman nak kongsi dengan kome semua petua-petua didapur, amalan orang-orang veteran seperti opah-opah kome semua la. opah tau, buka oprah. jadi teman harap dengan petua-petua ni dapat la menyenangkan tugasan kome didapur nanti. ingat, "if GrandMaster can cook, so can you!!"

petua-petua hangat:

Lauk Terlebih Masin 
Kadangkala tanpa disengajakan, lauk yang kita masak menjadi terlalu masin dan ini menjadikan ianya kurang enak untuk dimakan. Untuk mengatasi masalah ini, mula-mula ambil sedikit daun pisang, cucikannya sehingga bersih. Kemudian masukkan kedalam masakkan itu tadi. Insyaallah rasa masin akan berkurangan.


 haa petua ni khas kepada mereka yang mempunyai dapur yang 'harum'

Mengharumkan dapur
Pada kebiasannya pada bahagian dapur anda akan berbau yang kurang menyenangkan, terutamanya apabila anda menyiang ikan. Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan

Membersihkan minyak gorengan
Jika anda menghadapi masaalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali.

Masaalah Nasi Mentah 
Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masaalah ini masih boleh diatasi. Caranya mudah saja. Anda hanya perlu isikan air panas kedalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya diatas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.

Cili giling (cili boh) terlalu pedas
Masakan yang menggunakan cili kering yang digiling sememangnya sedap. Tetapi, jika cili terlalu pedas, mungkin mengakibatkan sakit perut. 
Untuk mengurangkan pedas cili tersebut, goreng seketika cili kering dengan minyak. Kemudian, tos dan gilingkan cili tersebut. Pedasnya akan 
berkurangan dan warna cili tersebut akan kelihatan lebih cantik.

Mengharumkan peti sejuk
ambil sedikit essen vanilla dan letakkan dalam piring kecil. letak dalam peti sejuk. insyaalah, peti sejuk teman akan berbau harum semerbak.


SELAMAT MENCUBA...

10 comments:

  hatim AR

February 14, 2009 at 8:04 AM

atteee wehhh!!!kalo benor la petua kome nih apekehe nye x pnah pown teman nengok kome mempraktikkannye?haha pape pown teman nk mngucapkn trime kasih bebanyak le ke kome kerane mengupdatekn blog ni. akan teman praktikkannye di mase akan dtg. syabas yop!

  Fzahrah

February 14, 2009 at 1:13 PM

salam.ingat ak lagi x?tmah ni.hehe.
korang bab masak2 ni mmg top la.
lagi satu nak tambah..lauk masin xde daun pisang tambah la potato sket.sedap bleh makan gak.=)

  Liyana

February 14, 2009 at 1:40 PM

uish..suma petua ni xpenah dengar lagi. tapi boleh try..thanks grandmaster!

  The lady ♥

February 14, 2009 at 2:19 PM

syukran. semua petua ni sy pun tak penah dgr lagi.=)

  Imam Tua Kerepot

February 14, 2009 at 3:53 PM

bagus jugak petua yang cik tmah kita bagi ni. nk letak daun pisang macam agak x praktikal kat benua eropah ni. ade la sangat pokok pisang kat cni..

  Ai-Gie

February 14, 2009 at 4:47 PM

ade... kat library health science building.. he3

  hatim AR

February 14, 2009 at 5:36 PM

atteee wehh!timah lame x dengor kabo kamu!mesti la teman ingat ke kamu..eh apsal ckp perak ni haha.

  Liyana

February 14, 2009 at 11:47 PM

tadi dh try buat kari ikan masin mamak style. [eceh]

tp terlebih masin. tataw pesal. pastu terai letak terung atau potato kalau nk kurangkan masin en? tp rs cm pahit pulak.

kire alternatif letak daun pisang kan?

tp tataw nk makan ke x kari tu sekang ni.

  Imam Tua Kerepot

February 15, 2009 at 6:07 PM

salah satu tips nak mengelakkan terlebih garam or gula dalam masakan adalah dengan meletakkan bahan2 tu last sekali. kiranya sebelum tutup api. kalau letak awal sgt, air dari masakan akan tersejat dan volume air berkurangan, so ratio garam+gula kpd air meningkat.(what the hell i'm talking bout?) selamat memasak.

  hatim AR

February 15, 2009 at 6:19 PM

wakakaka grandmaster melalut.oit yana ko buat kari ikan masin?mayb sbb ikan tuh dh sedia masin so xyah ltak garam dh kot. hulur2 la kari tu kt sini hehe