Petua2 naik kapal teghobang….


Assalamualaikum....

agak lama jugak la teman tak tampil dengan post yang baru. kalau dalam post yang pertama, teman telah berkongsi petua2 didapur, tapi kali ni teman nak berkongsi dengan kome semua petua2 memilih seat dalam kapal terbang.(what the heck?) so kepada sesiapa yang plan nak balik malaysia ataupun sesiapa yang nak travel2 naik kapal tenghobang ni, bolehla amalkan petua2 yang teman akan kongsi kat bawah sat lagi. Insyaallah penerbangan kome akan lebih selesa dan kurang menyeksa.  selamat mencuba. 


Reserve seat anda?

Sudah menjadi trend syarikat-syarikat penerbangan la ni untuk mengoffer option untuk memilih seat, either semasa membooking tiket atau check-in di airport,  jadi inilah peluang untuk mendapatkan seat yang anda inginkan.(bukan semua seat dalam sesebuah kapal terbang tu sama tahap keselesaannya tau!)

Tapi sebelum anda memilih seat, anda mesti tahu seat yang mana harus dipilih (no seat), jenis pesawat yang bakal anda naik. Semua maklumat ni boleh diperolehi dari sumber internet (eg: myseatguru)

Tapi harus diingat airline juga mungkin menukar model pesawat disaat akhir, jadi kemungkinan no seat mungkin telah bertukar.(seat bukan ditempat yang sepatutnya)

 

Depan, tengah, belakang kabin? Mana satu ni?

Tepuk dada tanya selera. Kalau anda mahu suasana yang senyap, pilihlah seat bahagian depan enjin. Kalau anda mahu keadaan yang paling kurang gegaran akibat turbulence etc, pilihlah seat yang paling hampir dengan pusat gravity kapal terbang terbabit. Biasanya, pusat gravity sesebuah kapal terbang berada disekitar bahagian tengah.(dekat2 dgn sayap). Bahagian belakang kabin biasanya paling bising dengan bunyi enjin dan terdedah kepada gegaran yang lebih akibat turbulence etc. Namun jika ditakdirkan penumpang tak penuh, anda boleh menggunakan seat2 yang kosong dibahagian belakang untuk dijadikan ‘katil’.

 

Tips yang selanjutnya dimasa akan datang. Bye

0 comments: