nie gambar masakan-masakan terbaru. Ade yg kami masak dan juga yang rakan-rakan sejiran(halem, amir,thariq and redza) kami masak. dah tiga bulan duk kat rantau eropah ini, skil2 masak pon makin power. ha3.
Selangkah bersama mengukir memori di bumi Eireann.....
Posted by Ai-Gie Sunday, November 30, 2008 at 7:41 AM
nie gambar masakan-masakan terbaru. Ade yg kami masak dan juga yang rakan-rakan sejiran(halem, amir,thariq and redza) kami masak. dah tiga bulan duk kat rantau eropah ini, skil2 masak pon makin power. ha3.
7 comments Labels: Masakan
Posted by Anas Sunday, November 23, 2008 at 8:14 AM
'The Cliffs of Moher are one of Ireland's top Visitor attractions. The Cliffs are 214m high at the highest point and range for 8 kilometres over the Atlantic Ocean on the western seaboard of County Clare. O'Brien's Tower stands proudly on a headland of the majestic Cliffs. From the Cliffs one can see the Aran Islands, Galway Bay, as well as The Twelve Pins, the Maum Turk Mountains in Connemara and Loop Head to the South.
2 comments Labels: Jalan-jalan
Posted by hatim AR at 5:12 AM
Majlis Fatwa haram yoga
-berita ini diambil dari akhbar berita harian,23 nov 2008
PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.
Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam.
Oleh itu, katanya, ahli majlis itu memutuskan apa juga jenis dan bentuk amalan yang mengandungi unsur sedemikian dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.
"Bagaimanapun, pergerakan amalan fizikal yoga tanpa unsur berkenaan yang dilakukan pada zahirnya (secara luaran) tidak menjadi kesalahan, tetapi tidak digalakkan kerana ia adalah salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.
"Oleh itu, masyarakat Islam wajib berhati-hati dan berwaspada daripada melakukan perkara yang boleh menghakis dan memesongkan akidah menerusi kepercayaan atau keyakinan hati, menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah dan perbuatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), di sini semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Jakim yang juga Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Abdul Shukor berkata, senaman yoga yang diperkenalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi tidak sesuai bagi umat Islam kerana ada dua perkara didalamnya yang boleh menghakis akidah umat Islam iaitu kepercayaan untuk bersatu dengan tuhan dan mantera pemujaan.
"Kita harap umat Islam lebih berhati-hati dan kalau boleh segera menghentikan kerana dikhuatiri kalau tidak tahu matlamatnya (bersatu dengan tuhan) boleh menyebabkan kita menjadi sesat.
"Ini kerana ada umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak tahu matlamatnya. Sebenarnya ilmu yoga mengandungi tiga peringkat iaitu ajaran untuk mendatangkan kesihatan, keduanya membersihkan jiwa dan kekuatan fizikal dan peringkat ketiga bersatu dengan tuhan," katanya.
Baru-baru ini seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.
Amalan yoga didakwa dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.
Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, Singapura dan Mesir turut mengeluarkan fatwa melarang umat Islam di negara itu mengamalkan senaman yoga kerana memutuskan perkara itu mengandungi bidaah dan sesat kerana mengandungi unsur agama Hindu.
Katanya, keputusan melarang umat Islam melakukan senaman yoga dibuat dalam persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bahru, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober dan ia akan dipanjangkan kepada semua majlis agama Islam negeri untuk diwartakan.
Posted by hatim AR Saturday, November 22, 2008 at 4:35 PM
Posted by Ai-Gie at 4:06 PM
Salam. Ini sejarah kita bukan merujuk sejarah kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi lebih fokus kepada sejarah turun dan naiknya tamadun Islam.
Posted by Anas Friday, November 21, 2008 at 3:31 PM
6 comments Labels: Jalan-jalan
Posted by hatim AR at 9:08 AM
Gambar Hiasan Semata-mata
abaikn tajuk post ini haha.siyesly aku x taw nk ltak ape title die..arini aku just nk bkongsi perkara2 yg aku plg rindui stelah lame(xdela lame sgt pon)dok kt ireland nih...mmg ade a few things yg nmpak cm remeh temeh tp sbnrnye mmg mmainkn peranan penting dlm idup aku selame ni,cuma aku je yg x sdar..haish.....
1) mestila family aku.hoho <3
2)ol frens-sume membe2 aku yg dh bsepah kt atas muka bumi nih...hola brotha!!!!!
3)milo + susu pekat-dh bzaman rasenye aku x minum milo dn ketiadaan susu pekat di tesco mnambahkn kesayuan d hati.haha
4)nasik lemak cik timah donat-aku x taw spe name makcik yg jual nasik lmak tuh tp aku knal dgn cik timah donat..so lbey kurang la 2
5)lepak di mapley-kpd org2 Nepal n Bangla yg jobless moh la ramai2 turun ireland bukak mapley..aku dh xde duit nk makan kebab pak arab nih T_T
6)Mid Valley-tempat plg kerap dikunjungi ketika remaja :)
7)karaoke jamban-hanya dgn sringgit dh bole bantai 1 lagu..
wahh nostalgia sunggoh entry kali ni..haha.apa plak yg anda rindukn?
Posted by hatim AR Wednesday, November 19, 2008 at 3:50 PM
Posted by hatim AR at 7:51 AM
mmg x dinafikn sejak exam nk dekat nih terasa emo plak tetibe.+ ASSignment yg x abes2 n lecture yg melambak nk stadi mmg membuatkn aku stress.ntahla mayb sbb cuaca yg sejuk n suram mnambahkn ke-gloomy-an aku.skang ni serba x kene je tula rase cm nk marah org je,dh ala-ala pms plak.haish.so kpd org2 sekeliling aku yg terase perubahan diri aku yg sopan santun tp tibe2 bertukar monster aku nk mintak maap la.aku just xde mood utk wt sume bende skang nih.. kalo x puas hati sgt tempeleng je aku time aku tgh tido,pas2 lari cepat2 menyorok blakang pintu sbb kalo aku yg tempeleng korang mmg x berak seminggu la jawabnye.(tgk aku dh start mengarut). dan jugak kpd senior2 yg susah payah wat usrah tp aku x dtg tuh pon aku mintak maap la jugak.i need some space man...aku x suke org pakse2 aku wt something lbey2 lagi dlm keadaan aku yg hampir separuh mereng skarang nih,aku respek sume org n sgt btrima kasih kt korang yg amek berat pasal aku,insya Allah kalo pale otak aku dh tak serabut aku akan rajin ke usrah balik. n lastly kpd sume membe2 aku yg sentiasa support aku x kire mase, classmate aku(haizie,nad etc),ally,elle,ida,fatin n sesiapa saja yg ter-ambik ati dgn lawak kasar aku sepanjang waktu emo yg dahsyat ini..pon aku nk mintak maap gak.doakn aku selamat dan x mereng lagi.hahahaha owh lupe plak,doakn aku pass xam ok!luv y'all
Posted by Ai-Gie Monday, November 17, 2008 at 1:07 PM
0 comments Labels: Jalan-jalan
Posted by Ai-Gie Friday, November 14, 2008 at 9:27 AM
0 comments Labels: Jalan-jalan
Posted by Ai-Gie Monday, November 10, 2008 at 11:40 AM
Adesh, baru lpas mid-term exam tapi sekarang dah tak sampai sebulan lagi nk final exam plak. Sory tak sempat nak cerita panjang pasal makanan yang kami masak ini. Cume satu je nk bagi tau, kebanyakan masakan-masakan ini pedas tahap super. ha3. Setakat ini hanya gambar sempat diuploadkan. Kalu ade yang nak resepi, boleh bagi tau kat comment di bawah. Insyallah kami akan kongsikan di masa hadapan.
7 comments Labels: Masakan